Langkau ke kandungan
Lihat halamansebagai Markdown

Tanya AI tentang halaman ini

ChatGPTClaudePerplexityGoogle AI ModeMicrosoft CopilotGrokMistral Le Chat

Cara Gemini mengendalikan data syarikat anda

Dikemas kini Untuk Google Workspace

Read in English

Apabila anda menggunakan Gemini dengan akaun kerja Google Workspace anda, Google menganggap prompt anda dan jawapan Gemini sebagai data syarikat anda, di bawah perjanjian yang sama seperti Gmail dan Drive anda. Halaman ini merumuskan komitmen rasmi Google.

Generative AI in Google Workspace Privacy Hub Google menyenaraikan komitmen ini untuk Gemini dalam aplikasi Workspace, aplikasi Gemini dan Gemini Notebook pada pelan Workspace yang layak:

  • Tiada latihan model. Prompt, fail dan e-mel anda serta jawapan Gemini tidak disemak oleh manusia atau digunakan untuk melatih model AI Google di luar organisasi anda tanpa kebenaran anda.
  • Kekal dalam organisasi anda. Gemini tidak berkongsi prompt anda atau jawapannya dengan pengguna lain atau organisasi lain.
  • Perlindungan sedia ada anda tetap digunakan. Tetapan keselamatan yang anda sudah gunakan, seperti peraturan pencegahan kehilangan data (data loss prevention) pada pelan yang disokong, juga digunakan untuk teks yang Gemini masukkan ke dalam e-mel dan dokumen.

Janji tiada latihan ini ditulis dalam Google Workspace Service Specific Terms, di bawah “Training Restriction”, dan prompt anda dikira sebagai data pelanggan (customer data) di bawah Cloud Data Processing Addendum Google.

Gemini bekerja mengikut akses yang setiap orang sudah ada:

  • Gemini hanya membaca e-mel, fail dan chat yang sudah boleh dibuka oleh pengguna yang sedang log masuk.
  • Jika sesuatu fail menghalang pengguna daripada memuat turun, menyalin atau mencetaknya, Gemini tidak akan mengambil fail itu untuk pengguna tersebut. Gemini juga tidak boleh membaca e-mel atau fail yang dilindungi dengan client-side encryption.
  • Chat Gemini seseorang pengguna hanya boleh dilihat oleh pengguna itu sendiri, walaupun di dalam fail yang dikongsi.

Jika seseorang ada akses kepada fail yang sepatutnya tidak boleh dibukanya, betulkan perkongsian fail itu, bukan Gemini. Gemini tidak boleh melihat lebih daripada orang yang menggunakannya.

Dalam Admin console, admin boleh:

  • On-kan atau off-kan aplikasi Gemini dan Gemini Notebook untuk semua orang atau untuk satu jabatan.

  • Pilih aplikasi yang Gemini boleh cari untuk mendapatkan konteks (Gmail, Drive dan Docs, Calendar dan Chat) di bawah Generative AI > Gemini in Workspace > Workspace Intelligence Sources.

    Workspace Intelligence Sources dalam Admin console dengan Calendar, Drive and Docs, Gmail dan Google Chat

  • Tentukan berapa lama chat aplikasi Gemini disimpan (3, 18 atau 36 bulan, atau off) dan sama ada pengguna boleh memadam chat Gemini.

  • Hentikan perkongsian Gemini Notebook di luar syarikat.

Lihat on-kan atau off-kan Gemini untuk langkah-langkahnya.

Ada beberapa had dan perbezaan yang patut anda tahu:

  • Akaun peribadi berbeza. Gemini pada akaun Google peribadi tertakluk kepada terma pengguna biasa, dan chat di situ mungkin disemak oleh manusia.
  • Gemini Notebook menyalin fail. Fail Drive yang ditambah ke dalam notebook akan disalin ke dalam Gemini Notebook, dan tetapan kawasan data (data region) anda tidak digunakan untuk salinan itu. Gemini Notebook belum dilindungi oleh perjanjian HIPAA Google atau oleh peraturan pencegahan kehilangan data Workspace.
  • Gemini boleh membuat silap. Semak apa-apa yang penting sebelum anda bergantung padanya.

Badan kerajaan yang perlu menjalankan penilaian impak perlindungan data (DPIA) boleh menggunakan panduan sokongan DPIA Google, yang dipautkan dari Privacy Hub. Lihat juga Gemini untuk sekolah dan agensi kerajaan.

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.

Isu-isu biasa

Boleh Gemini menunjukkan fail atau e-mel orang lain kepada seorang staf?

Tidak. Gemini mengikut akses Google Workspace yang sedia ada. Gemini hanya membaca e-mel dan fail yang sudah boleh dibuka oleh pengguna yang sedang log masuk, dan chat Gemini setiap orang hanya boleh dilihat oleh orang itu sendiri.

Adakah selamat menggunakan Gemini dalam akaun Gmail peribadi untuk kerja?

Tidak. Akaun peribadi tertakluk kepada terma pengguna biasa (consumer terms) Google. Di bawah terma itu, chat mungkin disemak oleh manusia dan digunakan untuk menambah baik produk Google. Sentiasa gunakan akaun kerja anda untuk maklumat syarikat.

Adakah maklum balas yang saya hantar tentang jawapan Gemini sampai kepada Google?

Ya. Jika anda klik ibu jari ke atas atau ke bawah dan memilih untuk menyertakan prompt anda dan jawapan Gemini, Google akan menerimanya. Menurut Google, maklum balas tidak digunakan untuk melatih model AI di sebalik Workspace, tetapi maklum balas itu mungkin dibaca oleh manusia. Jadi, jangan hantar data sulit dalam maklum balas.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.