Langkau ke kandungan

Reply-To, alamat pengirim default & resit baca dalam webmail

Dikemas kini Untuk SmarterMail Build 7692

Tetapkan Reply-To & resit baca (0:22)

Untuk menukar alamat reply, alamat pengirim default atau tetapan resit anda, buka Settings → Account, ubah tetapan dalam kad User dan Webmail, kemudian klik Save.

  1. Log masuk ke webmail, klik ikon Settings di bar atas, kemudian klik Account di menu kiri.

    Settings, Account, Reply-To Email Address

  2. Dalam kad User, masukkan Reply-To Email Address jika anda mahu reply dihantar ke alamat lain, contohnya sales@. E-mel anda tetap dihantar daripada alamat anda sendiri.

  3. Dalam kad Webmail, tetapkan pilihan berikut:

    • Default From Address: pilih alamat yang digunakan untuk menghantar e-mel baru.
    • Use To: address for replies: on-kan atau off-kan suis ini mengikut cara anda membalas e-mel.
    • Request read receipts by default dan Request delivery receipts by default: on-kan suis ini untuk meminta resit baca (read receipt) atau resit penghantaran (delivery receipt) bagi setiap e-mel yang anda hantar.

    Default From Address dan suis resit

  4. Dalam kad yang sama, anda juga boleh menukar:

    • Delete Email Action: Move To Deleted Items Folder menyimpan e-mel yang dipadam supaya anda boleh memulihkan e-mel itu.
    • Compose Font dan Font Size, contohnya Arial dan 14.
    • Preview Pane, contohnya Right.
  5. Klik Save di bahagian atas page.

Untuk menghantar e-mel daripada alamat kongsi seperti sales@, lihat Cipta alias atau mailing list. Untuk suis Show images from external websites dalam kad yang sama, lihat Logo dan gambar tidak dipaparkan dalam sesetengah e-mel. Untuk menambah nama dan nombor telefon anda di bawah setiap e-mel, lihat Tambah signature e-mel.

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.

Isu-isu biasa

Adakah saya perlu klik Save?

Ya. Perubahan hanya disimpan selepas anda klik Save di bahagian atas page Account.

Bagaimanakah saya boleh berhenti meminta resit bagi setiap e-mel?

Off-kan Request read receipts by default dan Request delivery receipts by default dalam kad Webmail di page Account, kemudian klik Save.

Default From Address dan suis resit
Ke manakah reply dihantar jika saya menetapkan alamat Reply-To?

Reply dihantar ke Reply-To Email Address, contohnya sales@, walaupun e-mel itu dihantar daripada alamat anda sendiri.

Settings, Account, Reply-To Email Address

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.