Langkau ke kandungan

Cipta signature e-mel dalam Outlook untuk Microsoft 365

Dikemas kini Untuk Microsoft 365

Cipta signature e-mel dalam Outlook untuk Microsoft 365 (0:22)

Signature e-mel anda disediakan dalam tetapan Outlook. Dalam Outlook baru (new Outlook) dan Outlook on the web, ia berada di bawah Settings → Account → Signatures. Dalam Outlook klasik (classic Outlook), ia berada di bawah File → Options → Mail → Signatures. Setiap versi menyimpan signature sendiri, jadi sediakan signature dalam setiap Outlook yang anda gunakan.

Outlook baru untuk Windows dan Outlook on the web berkongsi tetapan yang sama, jadi buat sekali untuk kedua-duanya.

  1. Pilih Settings (ikon gear di bahagian atas sebelah kanan).

  2. Pilih Account, kemudian Signatures.

  3. Pilih Add signature.

    Tetapan Outlook dengan Account, Signatures dan butang Add signature ditanda

  4. Dalam tetingkap Edit signature, taip nama seperti Work dalam Add a signature name, kemudian taip signature anda dalam kotak di bawahnya.

  5. Tandakan Set default for new messages dan, jika anda mahu signature ini pada reply juga, Set default for replies and forwards.

  6. Pilih Save.

    Tetingkap Edit signature dengan contoh signature, kedua-dua kotak default bertanda dan Save ditanda

Untuk format teks, gunakan tab Format text di bahagian atas tetingkap. Untuk menambah logo, buka tab Insert dan pilih Pictures.

Tab Insert dalam tetingkap Edit signature dengan butang Pictures ditanda

Outlook klasik membuka tetingkap Signatures and Stationery sendiri. Versi yang lebih baru juga copy (roam) signature ini ke komputer anda yang lain, tetapi senarainya tetap berasingan daripada senarai dalam Outlook baru dan Outlook on the web.

  1. Pilih File → Options, kemudian Mail di sebelah kiri, kemudian Signatures.

    Outlook Options dengan Mail dipilih dan butang Signatures ditanda

  2. Di tab E-mail Signature, pilih New, taip nama dan pilih OK.

  3. Taip dan format signature anda dalam kotak Edit signature.

  4. Di bawah Choose default signature, pilih akaun e-mel kerja anda, kemudian pilih signature anda untuk New messages dan Replies/forwards.

  5. Pilih OK, kemudian OK sekali lagi.

    Tetingkap Signatures and Stationery dengan New, teks signature, senarai signature default dan OK ditanda

Aplikasi Outlook di iPhone dan Android ada signature sendiri, berasingan daripada signature dalam Outlook on the web. Dalam aplikasi, klik gambar profil anda di bahagian atas sebelah kiri, kemudian ikon gear (tetapan), dan cari Signatures (di Android) atau Signature. Lihat Sediakan aplikasi Outlook di iPhone atau Android untuk Microsoft 365.

Signature yang ringkas paling kemas dipaparkan di semua peranti. Kami cadangkan:

  • Nama dan jawatan anda.
  • Nama syarikat, nombor telefon dan laman web.
  • Logo kecil, dengan lebar tidak melebihi kira-kira 300 piksel.
  • Jangan masukkan maklumat peribadi yang anda tidak mahu kongsi dengan orang yang tidak dikenali, seperti nombor IC anda.

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.

Isu-isu biasa

Kenapa signature yang saya buat dalam Outlook klasik tiada dalam Outlook on the web?

Outlook klasik menyimpan senarai signature sendiri, berasingan daripada Outlook on the web dan Outlook baru. Jika anda juga menggunakan Outlook on the web atau Outlook baru, cipta signature di situ juga.

Kenapa logo saya muncul sebagai lampiran dan bukan dalam signature?

Ini boleh berlaku dengan sesetengah format gambar. Masukkan logo sebagai gambar PNG atau JPG yang kecil, jangan copy daripada Word atau page web, dan pastikan saiznya tidak terlalu besar.

Kenapa signature tidak muncul dalam e-mel yang sudah saya buka?

Signature baru hanya muncul pada e-mel yang anda mula tulis selepas anda menyimpan signature itu. Untuk e-mel yang sudah dibuka, masukkan signature melalui Insert → Signature (Outlook baru dan Outlook on the web) atau Message → Signature (Outlook klasik).

Kenapa signature tidak muncul dalam e-mel yang sudah saya buka?

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.