Langkau ke kandungan

Chat dengan rakan sekerja dalam webmail

Dikemas kini Untuk SmarterMail Build 7692

Chat dengan rakan sekerja (0:21)

Untuk chat dengan rakan sekerja, klik ikon belon pertuturan di bahagian atas kanan webmail, di sebelah ikon carian dan ikon loceng.

Chat sesuai untuk soalan ringkas yang tidak memerlukan e-mel yang lengkap.

  1. Log masuk ke webmail.

  2. Klik ikon belon pertuturan (chat) di bahagian atas kanan.

    Ikon Chat

  3. Pilih rakan sekerja yang anda mahu ajak chat.

Terima pemberitahuan untuk mesej chat baru

Section titled “Terima pemberitahuan untuk mesej chat baru”

On-kan tetapan ini supaya anda tidak terlepas mesej semasa anda bekerja di bahagian lain webmail.

  1. Klik Settings, kemudian Account dalam menu kiri.

  2. Di bawah Notifications, on-kan Chat messages.

    Notifications, Chat messages

  3. Klik Save.

Anda memerlukan akaun admin domain, dan anda mesti memilih pengguna yang chat-nya anda mahu cari.

  1. Klik Domain Settings, kemudian Chat Search dalam menu kiri.

  2. Tetapkan tarikh Start dan End, kemudian isikan User (wajib). Anda juga boleh filter carian mengikut Name atau Text.

  3. Klik Search.

    Domain Settings, Chat Search

Admin domain anda boleh mencari chat lama, jadi anggap chat sama seperti e-mel kerja. Jangan sekali-kali hantar password atau maklumat sulit lain melalui chat. Jika sesuatu mesej meminta password anda, lihat Kenal pasti e-mel log masuk palsu. On-kan pengesahan dua langkah (two-step authentication) untuk melindungi log masuk anda. Untuk mencari alamat e-mel rakan sekerja, semak Global Address List. Untuk alamat e-mel pasukan, gunakan shared inbox. Untuk dokumen yang anda mahu simpan bersama e-mel anda, gunakan File Storage.

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.

Isu-isu biasa

Boleh admin saya mencari mesej chat saya?

Boleh. Admin domain boleh mencari chat dalam Domain Settings → Chat Search mengikut tarikh, pengguna, nama dan teks, jadi anggap chat sama seperti e-mel kerja.

Saya tidak menerima pemberitahuan untuk mesej chat baru. Bagaimanakah cara on-kannya?

Pergi ke Settings → Account, on-kan Chat messages di bawah Notifications, kemudian klik Save.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.