Langkau ke kandungan
Lihat halamansebagai Markdown

Tanya AI tentang halaman ini

ChatGPTClaudePerplexityGoogle AI ModeMicrosoft CopilotGrokMistral Le Chat

Cipta jadual & formula dengan Gemini dalam Google Sheets

Dikemas kini Untuk Google Workspace

Read in English

Tulis formula dengan Gemini dalam Sheets (0:22)

Gemini dalam Google Sheets boleh membina jadual daripada penerangan, menulis dan membaiki formula, dan menerangkan data anda. Gemini disertakan dengan pelan Business Standard, Business Plus dan Enterprise, tetapi tidak dengan Business Starter.

Semua tugasan di bawah bermula dari panel sisi Gemini.

  1. Buka spreadsheet dalam Google Sheets di komputer anda.

  2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Ask Gemini.

    Butang Ask Gemini dan panel sisi Gemini dengan prompt yang dicadangkan serta kotak Ask Gemini

  3. Pilih prompt yang dicadangkan, atau taip prompt anda sendiri di bahagian bawah dan tekan Enter.

Jika Gemini membuat perubahan yang anda tidak mahu, klik Undo.

Terangkan jadual yang anda mahu dan Gemini akan merancangnya, kemudian membinanya untuk anda.

  1. Dalam panel Gemini, taip prompt seperti “Create a table to track customer orders with columns for date, customer, item, quantity, amount in RM and status.”

  2. Tekan Enter. Gemini memaparkan pelan cadangan dengan langkah-langkah yang akan diambilnya.

    Pelan cadangan Gemini untuk penjejak pesanan pelanggan, dengan butang Approve

  3. Semak pelan itu, kemudian klik Approve. Gemini terus membina jadual itu dalam tab baru.

    Contoh penjejak pesanan pelanggan yang dibina oleh Gemini dalam tab baru Customer Orders

  4. Untuk mengubahnya, tambah prompt susulan, contohnya “Add a column for payment due date”.

Gemini boleh menulis formula berdasarkan ayat biasa, atau menerangkan kenapa sesuatu formula gagal.

  1. Dalam panel Gemini, terangkan hasil yang anda mahu, menggunakan nama lajur anda. Contohnya: “Create a formula that adds up the amount column where status is Paid.”

  2. Klik sel tempat formula itu perlu diletakkan, kemudian klik Insert.

    Sel yang dipilih dalam contoh sheet jualan dan formula SUMIF daripada Gemini dengan butang Insert

  3. Jika sesuatu sel memaparkan ralat formula, letakkan penuding tetikus padanya dan klik Fix supaya Gemini menyemaknya.

Anda juga boleh menaip = dalam sel dan tekan Ctrl + Alt + G (Windows) atau ⌘ + Ctrl + G (Mac) untuk membuka prompt formula.

Dalam panel Gemini, tanya soalan tentang data anda, seperti “Which month had the highest sales?” atau “Make a line chart of sales by month.” Klik Insert untuk menambah carta. Carta itu diletakkan dalam tab baru dengan salinan datanya sendiri, jadi carta itu tidak akan dikemas kini jika anda mengubah baris asal.

Fungsi =AI() menulis teks, meringkaskan entri atau mengasingkannya mengikut kategori, terus ke dalam sel anda.

  1. Dalam sel, taip formula seperti =AI("Classify this customer comment as positive, negative or neutral", B2).

  2. Tekan Enter. Hasilnya terus diisi. Salin formula itu ke bawah lajur untuk baris-baris yang lain.

  3. Untuk mendapatkan hasil terkini kemudian, pilih sel-sel itu dan klik Refresh and fill.

    Fungsi AI dalam bar formula, hasil sentimen dalam lajur dan butang Refresh and fill

Berikan sel yang diperlukan dalam julat. Fungsi ini tidak boleh melihat apa-apa lagi dalam fail itu. Hanya 350 sel pertama yang dipilih dijana pada satu masa.

Hubungi pasukan sokongan kami melalui WhatsApp di +60 16-916 3324.

Isu-isu biasa

Kenapa Gemini tidak berfungsi pada fail Excel saya?

Gemini berfungsi paling baik dengan fail Google Sheets. Buka fail Excel itu, kemudian pilih File > Save as Google Sheets dan guna Gemini pada salinan baru itu.

Saya mendapat mesej "AI function not available". Apakah maksudnya?

Pelan anda mungkin tidak merangkumi fungsi AI (fungsi ini memerlukan Business Standard atau pelan yang lebih tinggi), admin anda mungkin telah off-kannya, atau anda telah mencapai had penggunaan. Jika puncanya had penggunaan, tunggu 24 jam dan cuba lagi.

Boleh Gemini melihat semua fail Drive saya apabila saya menggunakan =AI()?

Tidak. Fungsi AI hanya melihat sel yang anda berikan dalam julat. Fungsi ini tidak boleh membaca bahagian lain spreadsheet anda atau fail anda yang lain.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default; you can turn it off. Your choice is saved on this device.